7 DINAR TERAKHIR RASULULLAH SAW

Kisah 7 𝗗𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗪

Sehari sebelum kewafatan Rasulullah, baginda memerdekakan semua hamba sahayanya. Menyedekahkan 7 dinar yang masih tersisa.

Namun Sayyidatina Aisyah R.A terlupa kerana kesakitan baginda yang bersangatan. Lalu baginda berkata : Apakah perasaan seorang Nabi Allah tatkala dia bertemu Allah sedangkan dinar-dinar ini masih ada di sisinya?

Maka 7 dinar itu telah diagih-agihkan...

Hebat, terlalu hebat untuk dibandingkan. Di akhir usia Rasulullah, Rasulullah hanya mempunyai 7 dinar walaupun sedang memegang jawatan tertinggi. Dalam sebutan kita pada hari ini, Rasulullah merupakan Perdana Menteri Madinah. Bayangkan di akhir usia seorang Perdana Menteri hanya mempunyai 7 dinar, itupun diagih-agihkan sebelum tiba waktu kewafatan Rasulullah.

Seorang pemimpin ulung, seorang kekasih agung hanya mempunyai wang 7 dinar. Inilah bukti keamanahan Rasulullah dalam menjalankan tanggungjawab baginda.

Kisah 7 dinar ini juga memberi satu gambaran kepada kita. Bahawa Rasulullah bukannya seorang yang papa kedana, sebaliknya Rasulullah memilih untuk hidup bersederhana. Nilai 1 dinar hari ini lebih kurang RM1200. Bermakna 7 dinar hari ini bernilai lebih kurang RM8400. Jumlah yang tidaklah sikit. 

Adakah kisah 7 dinar ini adalah satu didikan bahawa jumlah itu adalah sekurang-kurang simpanan yang kita perlu ada? Saya pun tidak pasti, kena bertanya kepada mereka yang lebih arif dan layak. 

Apapun yang pasti, Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh teladan. 

2 pengajaran tambahan dari kisah ini. 

✅Nabi juga mempunyai simpanan, maka menyimpanlah. 
✅Emas dan perak adalah wang yang sebenar. 

Kisah hebat ini sebenarnya ada dilagukan oleh kumpulan nasyid. Boleh dengar dengan klik link ini Kisah 7 Dinar Terakhir Rasullullah

Allahu A'lam

Pages

2020 COPYRIGHT by FINGO ECOMMERCE